myhbec2u

Perkhidmatan Proses Pembelian

Penerangan

Perkhidmatan yang di sediakan adalah menerima jumlah pembelian dalam kuantiti yang telah di persetujui dari “e-purchase” portal yang telah di pilih oleh pembeli untuk di agihkan dan di hantar ke destinasi pilihan penyumbang. Carta aliran pembelian dan sumbangan derma adalah seperti di bawah:

Langkah 1

Penyumbang atau penderma haruslah mendaftarkan segala butiran peribadi seperti nama penuh, alamat, no kad pengenalan, no telefon dan email dan tunggu untuk pengesahan dari pihak pentadbir webs. Pengesahan akan di hantar melalui email dan klik pautan untuk memulakan pembeli dan menderma.

Langkah 2

Pembeli perlu menekan butang ikon e-dagang untuk memastikan pilihan barangan dan destinasi barangan yang hendak di sumbangkan. Penyumbang perlu menandakan pilihan masjid atau surau yang terdapat di dalam senarai semasa.

Langkah 3

Setelah selesai pembelian, pembeli haruslah menekan butang pengesahan dan melihat segala jumlah yang perlu di bayar. Satu tingkap windows (pop-up) akan keluar dan pembeli haruslah membaca sepotong niat seperti di bawah:

Saya, (nama pemilik akaun boleh membuat pilihan dengan meletak nama ataupun tanpa nama seperti ‘HAMBA ALLAH’ ), No. KP : 123456-78-9012 bersetuju dengan niat sumbangan ke program (nama program) untuk di hantar ke (nama tempat yang telah di pilih) berjumlah RM xxx.xx kerana Allah S.W.T. Setelah membaca niat tersebut, pembeli haruslah menekan butang ok untuk melihat jumlah invoice/bill yang lengkap sebelum proses bayaran di buat.

Langkah 4

Proses pembayaran boleh di lakukan menggunakan online banking, debit atau kad kredit. Setelah memilih jenis pembayaran, penderma akan menerima notis/resit pembayaran dari ‘payment gateway’ yang di hantar melalui email dan boleh di cetak untuk simpanan dan rekod pembeli/penderma.