Penerangan etajaan-i

Program ini bertujuan untuk menaja masjid-masjid dan surau-surau di Malayia yang tidak mempunyai rak untuk menyimpan barangan keperluan yang telah di infaq oleh penyumbang bagi program einfaq-i. Rak ini diperlukan untuk memudahkan pegawai masjid dan surau untuk menyimpan, menyusun, membuat pemeriksaan  dan semakan baki barangan yang masih ada di dalam rak simpanan tersebut. Saiz rak simpanan adalah mengikut keperluan masjid dan surau dan di atas persetujuan pegawai-pegawai agama masjid dan surau.