Penerangan esekolah-i

Program ini dikhaskan kepada individu/orang perseorangan, badan korporat, NGO dan sebagainya untuk membantu pelajar-pelajar sekolah (peringkat tadika, rendah dan menengah) dari segi peralatan menulis, pakaian sekolah, buku rujukan dan sebagainya bagi kegunaan pelajar-pelajar sekolah yang menghuni rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz, ibu tunggal, keluarga asnaf dan keluarga muallaf yang mempunyai anak yang masih bersekolah. Ini bagi mewujudkan sifat kekeluargaan sesama umat dan menyantuni keadaan semasa serta menyediakan peralatan yang di perlukan oleh pelajar-pelajar ini.