Objektif

HASBIB E-COMMERCE (myhbec2u) ialah sebuah platform digital pertama di dunia yang berperanan sebagai pusat sehenti kepada individu/orang perseorangan, syarikat, badan korporat, badan bukan kerajaaan (NGO), pertubuhan dan sebagainya dalam penyaluran wakaf, sedekah, infaq, tajaan mahupun menunaikan tanggungjawab dengan telus dan lebih berkesan.

Program ini berteraskan elektronik dagangan (e-commerce) yang sedang aktif dan berdaya saing di pasaran global masa kini, Kami di myhbec2u mengambil peluang untuk menerajui penjualan, mempromosi, pemasaran dan penghantaran barang-barang keluaran tempatan yang mempunyai logo BUATAN MALAYSIA. MESTI dan HALAL yang di iktiraf oleh kementerian, jabatan dan agensi kerajaan Malaysia.

myhbec2u telah dibangunkan pada tahun 2019 dengan fokus untuk menjadi platform perintis dalam mentransformasikan program penyaluran ke arah digital, seiring dengan kemajuan globalisasi kearah era digital. Di samping itu juga dapat mempromosikan  barangan keluaran tempatan, pengusaha hiliran, pengilang IKS,  serta menjadikan platform ini sebagai salah satu cabang promosiuntuk pengusaha tempatan ke peringkat domestik dan antarabangsa.

myhbec2u bertanggungjawab dan mentransformasi kaedah penyaluran wakaf, infaq, sedekah, tajaan dan sebagainya kepada terhadap mereka yang memerlukan kearah pengurusan bantuan yang telus, efektif dan efisyen